Thursday, May 21, 2015

Luahan perasan aku

Perasaan aku kini bercampur baur..keliru..marah..sedih..ntahlah..tidak boleh digambarkan perasaan aku ketika ini..adakah disebabkan faktor umur atau apa tidak dapat dipastikan..aku hendak meluahkan kepada siapa aku pun tidak tahu..hendakku luahkan kepada mak n abah?.aku seakan tidak mengenali meteka..mereka seakan tidak mengenali aku..walaupun aku duduk serumah dengan mereka tetapi aku tidak begitu rapat dengan mereka..mungkin sedari kecil aku telah di asuh untuk berdikari sendiri. Segala apa yang aku lakukan semuanya s3ndiri. Sehinggakan aku ditimpa berbagai masalah pun aku sendiri.. tidak pernah aku hendak berkongsi cerita dengan mereka..kerana apa? Kerana mereka tidak pernah bertanya apa2 kepada aku..mak.. setiap kali aku membuka mulut baru hendak menceritakan masalah aku..mak akan menkritik aku..m3nghentamkan aku..seolah2 setiap masalah itu semuanya berpunca daripada aku..aku sedih..mungkin disebabkan itulah aku malas hendak berkongsi cerita dengan mak..aku senang aku susah aku sendiri..tidak akan menyusahkan mereka..mak memandang aku anak yang degil..tidak mendengar kata..aku akui itu semua..dulu aku mmang anak yg degil sehinggakan mak cakap kalau dia dah tua dia tak ingin duduk atau tinggal dengan aku..
Walaupun kata2 mak itu sudah berpuluh tahun berlalu..tetapi ianya masih segar lagi dalam ingatan aku..tidak mungkin aku akan melupakan apa yang diperkatakan oleh mak..agaknya sehingga sekarang mak masih melebalkan aku begitu..tidak mengapalah.aku terima semuanya..mungkin ini dugaan hidup aku...